Monday 6 June 2011

Penjagaan Anak Pokok

Tajuk: Tanaman Hiasan
Tingkatan: 1 (Teras)

  1. Terdapat 4 kerja dalam penjagaan anak pokok iaitu merumput, menggembur, membaja dan menyiram.
  2. Merumput bermaksud membuang rumpai yang tumbuh bersama anak pokok. Merumput dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara rumpai dan anak pokok. Boleh dicabut menggunakan tangan.
  3. Menggembur bermaksud medium digembur memudahkan akar menyerap air dan nutrien. Medium yang digembur memudahkan akar menembusinya dan membaiki pengudaraan tanah. Alatan yang digunakan ialah serampang tangan.
  4. Membaja bermaksud membekalkan nutrien. Pembajaan dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah anak pokok.
  5. Menyiram dilakukan sekurang-kurangnya satu kali sehari. Bekas penyiram yang bermuncung halus digunakan dalam proses menyiram.

No comments:

Post a Comment

KLIKKH WRITING

Guru yang terbaik adalah guru yg mampu berkongsi ilmu dengan semua orang.