PROGRAM SEMINGGU UNTUK BENGKEL
1.0 RASIONAL
Hari pengemaskinian bengkel diadakan bagi mengemas bengkel-bengkel kemahiran hidup di SMKBJ. Pengemaskinian bengkel dikendalikan oleh guru bengkel masing-masing. Setiap bengkel akan dikemaskini dari sudut fail pelajar, pengiraan stok, dan kebersihan.
2.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini guru akan dapat:-
2.1 meningkatkan keberkesanan pengurusan bengkel di SMKBJ
2.2 memastikan keadaan bengkel dalam keadaan bersih dan selamat
2.3 memastikan pengurusan stok bengkel teratur dan tersusun.
3.0 TARIKH
30 Ogos 2010- 3 September 2010
4.0 TEMPAT
Bengkel kemahiran hidup
5.0 PENGISIAN
5.1 program dikendalikan oleh Puan Aimi dan Pn.Ong.
5.2 Pn.Ong akan memantau dari aspek kebersihan dan keceriaan bengkel. Bengkel yang masih tidak dikemaskan atau berada dalam keadaan tidak mengikut piawai yang ditetapkan akan diambil tindakan lanjut.
5.3 Pn.Aimi pula bertanggungjawab mengemaskini pengiraan stok bengkel. Setiap guru perlu menyerahkan pengiraan stok bengkel kepada Pn.Aimi untuk diselaraskan.
5.4 Program yang berjalan selama satu minggu ini diadakan mampu untuk memberi tanggungjawab kepada para guru mengenai tugas penjagaan bengkel masing-masing.
cikgu Anwar terang cara penggunaan mesin sander |
cikgu Anwar terangkan penggunaan mesin gerudi lantai |
Cikgu Ade tanya apa tu? |
Cikgu Ade: Oh dah Faham! |
5.5 Guru yang bertanggungjawab atas bengkel masing-masing iaitu:
Nama Guru | Bengkel |
Pn.Aimi Humairah Hamzah | Bilik jahitan 1 |
Pn.Ong Kim Cheng | Bilik jahitan 2 |
Pn. Lee Sok Hoon | Bilik Masakan |
Cik Rosaini bt Ab Rasid | Bengkel Kemahiran Hidup 1 |
En Ade Izlan b Abu Bakar | Bengkel Kemahiran Hidup 2 |
En Mohamed Anwar b Mohamed Farook | Bengkel Kemahiran Hidup 3 |
En Jasmin b Md Aris | Bengkel Kemahiran Hidup 4 |