Tuesday 14 June 2011

CANTEEK

cikgu dah mula nak melawa??? jangan3.... opsss... cikgu cantekkk??? oopsss  bengkel cikgu rupaya yer.. nak kena bagi cantik jgk..
letak2 eye shadow, bedak2, lipstik sikit2... mesti cantik..

jom zoom untuk lihat pembaharuan untuk bengkel jahit 1.. bengkel2 lain sabar akan diletak kemudiannya..

hasik kerja pelajar tingkatan 3 2011

sudut pameran

ruang info

info2

bahan bantu mengajar

cantikkan???

AGENSI KERAJAAN YANG MEMBANTU USAHAWAN

TAJUK: AGENSI KERAJAAN YANG MEMBANTU USAHAWAN
TINGKATAN 2 TERAS

  1. MARA - MAJLIS AMANAH RAKYAT
  2. UDA - PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR
  3. MIDA - LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA
  4. PKNS- PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI
  5. SIRIM- INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN MALAYSIA
  6. MEDEC - PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN MALAYSIA
  7. PORIM- INSTITUT PENYELIDIKAN MINYAK KELAPA SAWIT MALAYSIA



CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

TINGKATAN 1
TAJUK: CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API



  1. Keluarkan pin picu
  2. Pegang tegak alat pemadam api
  3. Halakan muncung pemancut ke dasar api
  4. Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disemburkan.

Thursday 9 June 2011

3 Elit in Bengkel

salam satu Malaysia,

Hari ini cikgu upload gambar pelajar tingkatan 3 Elit yang sedang menyalin nota Kaedah membuat kek dan biskut. Hope Korang faham apa yang diajar dan disalin. Yang tidak hadir, tolong salin nota daripada kawan-kawan atau ambil dari laman blog ini. Tq.



Monday 6 June 2011

Penjagaan Anak Pokok

Tajuk: Tanaman Hiasan
Tingkatan: 1 (Teras)

  1. Terdapat 4 kerja dalam penjagaan anak pokok iaitu merumput, menggembur, membaja dan menyiram.
  2. Merumput bermaksud membuang rumpai yang tumbuh bersama anak pokok. Merumput dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara rumpai dan anak pokok. Boleh dicabut menggunakan tangan.
  3. Menggembur bermaksud medium digembur memudahkan akar menyerap air dan nutrien. Medium yang digembur memudahkan akar menembusinya dan membaiki pengudaraan tanah. Alatan yang digunakan ialah serampang tangan.
  4. Membaja bermaksud membekalkan nutrien. Pembajaan dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah anak pokok.
  5. Menyiram dilakukan sekurang-kurangnya satu kali sehari. Bekas penyiram yang bermuncung halus digunakan dalam proses menyiram.

KLIKKH WRITING

Guru yang terbaik adalah guru yg mampu berkongsi ilmu dengan semua orang.