Saturday, 27 September 2014

PBS kaedah membuat Kek dan Biskut -3 BESTARI 2014

Sharing amali PBS membuat kek dan biskut bagi kelas 3 bestari SMKSE 2014

suezern dan sharon membuat biskut cornflakes ranggup

bersilang-silang tangan pelajar ni. excited!!!

hasil: biskut serpihan coklat

hasil: biskut cornflakes ranggup





hasil: biskut cornflakes ranggup

Friday, 26 September 2014

KAEDAH MEMBUAT KEK DAN BISKUT TINGKATAN 3

Perkara penting yang pelajar perlu tahu adalah:


  1. pengertian setiap kaedah
  2. contoh biskut dan kek bagi setiap kaedah
  3. cara membuat setiap kek dan biskut mengikut kaedahnya.
1. Pengertian Kaedah.
a. Gaul dan ramas : lemak dan tepung digaul ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.

b. putar: lemak dan gula diputar sehingga kembang dan berwarna putih

c. enjut: gula dan telur dienjut sehingga menjadi kembang dan gebu. 

2. contoh biskut dan kek bagi setiap kaedah.
bahulu gulung -kaedah enjut

biskut badam ranggup- kaedah putar

biskut kacang- kaedah gaul ramas

biskut sepihan coklat-kaedah putar

samperit-kaedah gaul ramas

kek bantal-kaedah gaul ramas

kek coklat-kaedah putar

bahulu-kaedah enjut



Thursday, 25 September 2014

TAMAN HERBA

Alhamdulillah...
sempat juga nak post benda yg dah lepas.

TAMAN HERBA~
kebetulan Nazir datang nak melawat sekolah, jadi panitia KH dibawah pimpinan ku bersiap sedia membersih kawwasan taman herba. cikgu-cikgu KH SMKSE ini baik hati tolong. Alhamdulillah kami berjaya siapkan.

tugas kami adalah:-
1. labelkan nama saintifik pokok
2. mengecat bata
3. membersihkan taman

melabel nama saintifik pokok

cikgu Haslinda yang komited:)

Cikgu Mashutha terbaik:)

testing3.. repost untuk pertandingan maggi- batch 1

Batch 1- Testing3

sebelum nak tau apa resipi nak masak kena testing dulu.. 
kami kumpul 4 kumpulan buat test untuk cipta resipi berdasarkan maggi.

jom kita tgk...
Alhamdulillah kami juara Daerah Seberang Perai Selatan
mula-mula fikir nak buat maggi aglio with dori. tapi x jadi

pastu buat maggi briyani with prawn. tapi masih banyak perlu diperbaiki

kari sayur

ini yang kami bawa untuk peringkat daerah. maggi briyani seafood

pudding nestle strawberry

Thursday, 18 September 2014

Wednesday, 17 September 2014

LATIHAN KUIH TEMPATAN

LATIHAN INI CIKGU BUAT BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI. 

1.       Pengertian kuih tempatan: ………………………………………………………………

2.       Lengkapkan jadual di bawah.

Sumber kuih tempatan








3.       Lengkapkan kuih tempatan

Kuih tempatan
Sumber
Kaedah memasak
rasa
Onde-onde



Buah melaka



Abuk-abuk



Kuih lapis



Kuih rengas



Kuih kosui



lompang



Pulut  panggang



Kuih badak



ketayap





 

KUIH TEMPATAN TINGKATAN 1

NOTA KUIH TEMPATAN

 MAKSUD: dibuat daripada bahan tempatan.

1. contoh-contoh kuih tempatan.

abuk-abuk / sagu,gula melaka/ mengukus





kuih ketayap/ kelapa,gula melaka /goreng tohor

buah melaka / tepung pulut, kelapa,gula melaka/ merebus

pulut panggang/ beras pulut,kelapa/ memanggang

cucur badak/ keledek, kelapa/ menggoreng minyak penuh

kuih keria/ keledek./ menggoreng minyak penuh

kuih lapis/ tepung beras, kelapa/ mengukus




* credit: pic google search

Friday, 12 September 2014

LATIHAN REKABENTUK(PT3)

  cikgu terketaq2 sebab PT3 hampir sangat. budak2 dok relax la cikgu..
ini soalan PT3 tajuk reka bentuk tingkatan 1 untuk pelajar kelas lemah saya. kelas pandai pun boleh jawab jugak. semua soalan kebanyakkannya ada pilihan jawapan sebab budak lemah saya kalau xda jawapan dia akan tdo dan tunggu jawapan dari saya. harap membantu:)


Friday, 13 December 2013

DSP KH ERT tingkatan 3

<iframe src="http://www.slideshare.net/slideshow/embed_code/29179644" width="476" height="400" frameborder="0" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no"></iframe>


" jom cikgu2 kita pakat2 buat instrumen"
" buat instrumen biar ikut kemampuan murid, bukan ikut senang guru"

TRANSFER!!!!

salam..
Alhamdullillah.. Syukur.. dapat jgk pertukaran kali ni diluluskan.
Perasaan kesian dan simpati kepada student form 3 2013 SMKBJ yang bakal menghadapi exam PMR amat tebal.. hope kalian berjaya.. GO BJ GO.. aiceh.. Rindu BJ lagi:)


sekolah baru... hope lebih berjaya dan maju menjadi guru terbaik!!!!
      

Wednesday, 20 March 2013

PROGRAM BINA NOTA RINGKAS

HI.. Semua student khususnya form 3 KH ERT anda akan dibekalkan dengan satu program khas sempena cuti sekolah nanti... 


program ni berobjektif untuk 1. memanfaatkan cuti dengan aktiviti berfaedah.. 2. boleh mengulangkaji pelajarann khususnya topik tingkatan 1 dan 2 bahagian teras.. 

3. membuat persiapan untuk peperiksaan pertengahan tahun..


harap korang enjoy masa membuat nya.. ini hasil pertama yang cikgu dapat buat untuk permudahkan korang ulangkaji... ENJOY!!.. 



Friday, 15 March 2013

SMK TENGKU MAHMUD

HI.. kali ni SMKBJ buat lawwatan ke Terengganu.. daerah Besut.

kami melawat ke SMK Tengku Mahmud.. ini antara pic yang sempat di snap semasa melawat ke bengkel di sana.. jom tengok!!!

bilik jahitan


bilik masakan



Wednesday, 13 February 2013

SALAM 2013 DAN TAHNIAH !

salam 2013 dan tahniah buat semua pelajar PMR 2012 SMK Bukit Jambul atas kejayaan mengharumkan nama sekolah hingga mendapat tempat pertama dalam pencapaiaan PMR 2012.

Tahniah juga semua student yang skor A untuk Kemahiran Hidup Pilihan ERT dan KT. Usaha x jemu2 kita tahun lepas membuahkan hasil walaupun kecewa kerana ada 1 orang pelajar yang mendapat gred C. menjatuhkan sikit GPMP KH ERT tahun ini. anyway.. tahun ni azam baru nak terus melahirkan pelajar yang bukan saja memperolehi gred A malah boleh mempraktikkan ilmu KH dalam kehidupan seharian!!!!

Friday, 13 July 2012

3 BESTARI DI DAPUR MASTER CHEF BJ

HI.. kali ini giliran 3 bestari pula menghiasi laman blog cikgu aimi.. mari saksikan kek, biskut siapa yang menjadi.. hihi..

kek permaisuri

kek permaisuri lagiii

bahulu lapis

bahulu lapis

biskut makmur

biskut makmur mereka sedappp

KLIKKH WRITING

Guru yang terbaik adalah guru yg mampu berkongsi ilmu dengan semua orang.