Saturday, 27 September 2014

PBS kaedah membuat Kek dan Biskut -3 BESTARI 2014

Sharing amali PBS membuat kek dan biskut bagi kelas 3 bestari SMKSE 2014

suezern dan sharon membuat biskut cornflakes ranggup

bersilang-silang tangan pelajar ni. excited!!!

hasil: biskut serpihan coklat

hasil: biskut cornflakes ranggup





hasil: biskut cornflakes ranggup

Friday, 26 September 2014

KAEDAH MEMBUAT KEK DAN BISKUT TINGKATAN 3

Perkara penting yang pelajar perlu tahu adalah:


  1. pengertian setiap kaedah
  2. contoh biskut dan kek bagi setiap kaedah
  3. cara membuat setiap kek dan biskut mengikut kaedahnya.
1. Pengertian Kaedah.
a. Gaul dan ramas : lemak dan tepung digaul ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.

b. putar: lemak dan gula diputar sehingga kembang dan berwarna putih

c. enjut: gula dan telur dienjut sehingga menjadi kembang dan gebu. 

2. contoh biskut dan kek bagi setiap kaedah.
bahulu gulung -kaedah enjut

biskut badam ranggup- kaedah putar

biskut kacang- kaedah gaul ramas

biskut sepihan coklat-kaedah putar

samperit-kaedah gaul ramas

kek bantal-kaedah gaul ramas

kek coklat-kaedah putar

bahulu-kaedah enjut



Thursday, 25 September 2014

TAMAN HERBA

Alhamdulillah...
sempat juga nak post benda yg dah lepas.

TAMAN HERBA~
kebetulan Nazir datang nak melawat sekolah, jadi panitia KH dibawah pimpinan ku bersiap sedia membersih kawwasan taman herba. cikgu-cikgu KH SMKSE ini baik hati tolong. Alhamdulillah kami berjaya siapkan.

tugas kami adalah:-
1. labelkan nama saintifik pokok
2. mengecat bata
3. membersihkan taman

melabel nama saintifik pokok

cikgu Haslinda yang komited:)

Cikgu Mashutha terbaik:)

testing3.. repost untuk pertandingan maggi- batch 1

Batch 1- Testing3

sebelum nak tau apa resipi nak masak kena testing dulu.. 
kami kumpul 4 kumpulan buat test untuk cipta resipi berdasarkan maggi.

jom kita tgk...
Alhamdulillah kami juara Daerah Seberang Perai Selatan
mula-mula fikir nak buat maggi aglio with dori. tapi x jadi

pastu buat maggi briyani with prawn. tapi masih banyak perlu diperbaiki

kari sayur

ini yang kami bawa untuk peringkat daerah. maggi briyani seafood

pudding nestle strawberry

Thursday, 18 September 2014

Wednesday, 17 September 2014

LATIHAN KUIH TEMPATAN

LATIHAN INI CIKGU BUAT BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI. 

1.       Pengertian kuih tempatan: ………………………………………………………………

2.       Lengkapkan jadual di bawah.

Sumber kuih tempatan








3.       Lengkapkan kuih tempatan

Kuih tempatan
Sumber
Kaedah memasak
rasa
Onde-onde



Buah melaka



Abuk-abuk



Kuih lapis



Kuih rengas



Kuih kosui



lompang



Pulut  panggang



Kuih badak



ketayap





 

KUIH TEMPATAN TINGKATAN 1

NOTA KUIH TEMPATAN

 MAKSUD: dibuat daripada bahan tempatan.

1. contoh-contoh kuih tempatan.

abuk-abuk / sagu,gula melaka/ mengukus





kuih ketayap/ kelapa,gula melaka /goreng tohor

buah melaka / tepung pulut, kelapa,gula melaka/ merebus

pulut panggang/ beras pulut,kelapa/ memanggang

cucur badak/ keledek, kelapa/ menggoreng minyak penuh

kuih keria/ keledek./ menggoreng minyak penuh

kuih lapis/ tepung beras, kelapa/ mengukus




* credit: pic google search

Friday, 12 September 2014

LATIHAN REKABENTUK(PT3)

  cikgu terketaq2 sebab PT3 hampir sangat. budak2 dok relax la cikgu..
ini soalan PT3 tajuk reka bentuk tingkatan 1 untuk pelajar kelas lemah saya. kelas pandai pun boleh jawab jugak. semua soalan kebanyakkannya ada pilihan jawapan sebab budak lemah saya kalau xda jawapan dia akan tdo dan tunggu jawapan dari saya. harap membantu:)


KLIKKH WRITING

Guru yang terbaik adalah guru yg mampu berkongsi ilmu dengan semua orang.