Monday 30 May 2011

KAEDAH MEMBUAT KEK DAN BISKUT

TAJUK: KAEDAH MEMBUAT KEK DAN BISKUT
TINGKATAN: 3 (ELEKTIF ERT)

  1. Terdapat 3 kaedah dalam membuat kek dan biskut iaitu gaul dan ramas, putar dan enjut.
  2. Kaedah membuat kek dan biskut adalah sama, yang membezakannya adalah kandungan adunannya. Adunan biskut lebih pejal berbanding kek yang lebih cair. Perbezaan ini disebut sebagai konsistensi.
  3. Kaedah yang kita akan pelajari pada ent3 kali ini adalah kaedah gaul dan ramas,
Kaedah Gaul dan ramas

  1. Pengertian: Gaul ramas tepung bersama lemak menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Contoh biskut kaedah gaul dan ramas ialah biskut kacang, biskut semperit, tart nanas dan biskut makmur
  3. contoh kek keadah gaul ramas ialah ban batu karang, ban jem dan kek bantal
  4. Pastri ialah adunan lemak tepung dan cecair yang digaul ramas hingga menjadi bentuk doh.
  5. Contoh pastri ialah karipap, sardin gulung dan tart kelapa.
  6. Pastri yang dibuat daripada kaeadah gaul ramas dikenali sebagai pastri rapuh.
biskut kacang
biskut semperit


                              
biskut makmur


  
tart nanas  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 


                                                                           







Saturday 21 May 2011

LATIHAN PENGIRAAN KOS

TAJUK: LATIHAN PENGIRAAN KOS BAGI PROSES REKABENTUK.
TINGKATAN : 2 & 3

  1. Nyatakan 3 jenis kos yang terlibat dalam proses reka bentuk?
        (a) kos........................  
        (b) kos............................    
        (c) kos................................

     2. soalan berdasarkan jadual dibawah

kos pengeluaran = RM 30.00
kos overhed = RM 3.00
          Kos bahan = RM 15.00

         Bilangan pekerja= RM 1 orang

(a) berapakah kos upah untuk projek tersebut?

(b) berapakah upah bagi sejam jika projek dapat disiapkan dalam masa 3 jam?




jawapan:
1.(a) kos bahan
(b) kos upah
(c) kos overhed

2. (a) RM 30 - RM 15 - RM 3= RM 12
   (b) RM12 x 3 x 1 =RM 36

SUSUN ATUR & BENTUK RUANG DAPUR

TAJUK: TEMPAT KEDIAMAN
TINGKATAN : 3

  1. susun atur alatan & kelengkapan:
  • meja kerja - berhampiran dengan sinki dan dapur
  • peti sejuk - berhampiran dengan meja kerja jauh daripada dapur bagi mengelakkan haba panas.
  • sinki- berhampiran dengan tingkap untuk memperolehi pencahayaan dan pengudaraan yang baik
  • dapur- berhampiran meja kerja dan sinki. Jauh dari laluan dan bahan mudah terbakar
    2. Susunan bentuk dapur ada 4 iaitu bentul L,bentuk I, bentuk H dan bentuk U

bentuk I

bentuk L

bentuk U

bentuk H

Friday 20 May 2011

TEMPAT KEDIAMAN

Tajuk : Tempat Kediaman
Tingkatan : 3

  1. Ruang tempat kediaman terbahagi kepada 3: 
  • Ruang sosial - fungsi sebagai tempat berkumpul dan berinteraksi. Contoh ruang tamu,ruang makan, ruang istirehat
  • Ruang kerja - fungsi sebagai tempat menjalankan kerja-kerja berat. Contoh ruang dapur,garaj
  • Ruang Persendirian- fungsi sebagai tempat melakukan aktiviti peribadi. Contoh bilik mandi, bilik tidur
    2.  Faktor keselesaan tempat kediaman
  • Pengudaraan
  • Pencahayaan
  • Skema warna
  • lantai dan penutup lantai
  • alatan dan kelengkapan
  • keselematan
   3. Alatan pencuci beserta fungsi.
berus tandas-mencuci mangkuk tandas

penyapu lidi- menyapu lantai papan

penyapu rami- menyapu lantai yang licin

tong sampah- pembuangan sampah




BATER

Tajuk: Bater
Tingkatan : 1

Maksud bater : campuran tepung dengan cecair. contoh Cecair adalah air, susu atau santan.
Bater terbahagi kepada dua iaitu:
  1. bater pekat : sukatannya 100g tepung + 125ml cecair
  2. bater cair : sukatannya 100g tepung + 250ml cecair
contoh bater pekat:
        
kuih rengas  
contoh bater cair:
skon titis
kuih ketayap

Thursday 19 May 2011

SELAMAT DATANG

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG KLIK KH. PEMBINAAN BLOG INI ADALAH UNTUK MEMBANTU PARA PELAJAR KHUSUSNYA PELAJAR TINGKATAN 1.2 DAN 3 DI SMKBJ MENDAPAT NOTA DAN MAKLUMAT TERKINI DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP.
SEMOGA BLOG INI DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR SMKBJ PADA PMR ATAU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.

SEMOGA BERJAYA


author: Pn.Aimi Humairah

KLIKKH WRITING

Guru yang terbaik adalah guru yg mampu berkongsi ilmu dengan semua orang.